NAUGAN MAJLIS JEMAAH COCHRANE

Saturday, March 27, 2010

YM Ayahda Zami Ismail dan Zaidi Omar



Ayhnda Zami dan Zaidi Omar dtg berkunjung ke pejabat MJC dan disambut oleh YM Ayahnda Zul bersama Kanda Yassir

Majlis Silaturahim Di Sg Ramal



Majlis Perkahwinan di Pahang

Kanda Yassir bersama Dr safani,fahmi,tain dan ambran ke pahang

Kanda Yassir,Angah jep,fer dan am berbincang agenda mesyuarat Akrab Kajang


Asyuk,ayob,wan pitam,mal dan apis di pejabat Akrab Kajang



Pengkebumian Jenazah Angah Lekiu










Allahyaraham selamat di kebumikan di tanah perkuburan salak south sungai besi. ramai sanak saudara turut hadir dan juga, Ayahanda Din Flat dan jemaahnya pun turut besama.Kanda Yasir dan adik-adik mengiringgi Ayahanda Zul.
Kanda yassir bagi pehak keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menolong membantu sehingga selesainya perkembumian jam 11.30 pagi

PERLANTIKAN ANGAH JEP DAN ACIK NGAH

Adinda Seputeh

Bulat,fahmi dan Dr.safani sedang melayari blog akrab....
Perjumpaan adik-adik seputeh


Kanda yassir,fahmi,samad,musleh dan wan sedang berbincang ttg akrab sambil menjamu selera

Ayahnda zul dan akrab kjg bersama persatuan seni silat sendeng

Thursday, March 25, 2010

Mesyuarat Jemaah Seputih


Sebahagian yang hadir adik-adik seputih mesyuarat yang di pengerusikan oleh Abang Long Yasir.




Thursday, March 11, 2010

ERTI JIHAT DAN PERJUANGAN KITA
DALAM kamus Islam, jihad bermaksud perang pada jalan Allah. Tetapi, sejauh mana ia difahami, khususnya oleh masyarakat antarabangsa?Salah faham itu menyebabkan orang Islam sering dikaitkan dengan 'keganasan' (terrorism) sedangkan jihad dan keganasan jauh berbeza.Jihad bermaksud berjuang sedaya upaya pada jalan Allah seperti dijelaskan dalam al-Quran: "Dan Berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya." (al-Haj:78)Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda maksudnya: "Sesiapa mati padahal dia tidak berperang dan tidak pun pernah berniat hendak berperang, maka matilah dia seperti mati jahiliyah."Tetapi di Barat, jihad kerap disalah erti sebagai perang suci yang dianggap sama dengan perang suci orang bukan Islam seperti Kristian dan Yahudi sedangkan dalam terminologi Islam pengertiannya lebih luas.Jihad berasal dari perkataan juhd yang bermaksud kuasa dan upaya (at-taaqah) serta kesukaran (al-masyaqqah), membabitkan dua pengertian iaitu secara umum dan khusus.Pengertian umum jihad ialah segala daya usaha dan segenap kekuatan yang dicurahkan untuk menegakkan hukum dan perintah Allah di atas muka bumi ini dan membersihkan segala taghut yang menjadi penghalang kepada jalan dakwah. Jihad umum ini merangkumi jihad harta, pembelajaran, politik, penyampaian dakwah dan peperangan. Jihad dengan pengertian yang khusus merujuk kepada perang pada jalan Allah.Sayyid Abul 'Ala al-Maududi berkata: "Setiap orang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam dengan menggunakan segala yang ada padanya daripada harta benda, jiwa raga, pena dan lidah, maka ia tanpa ragu lagi tergolong dalam orang yang berjihad di jalan Allah dengan pengertian jihad umum."Tetapi kalimah jihad ini juga diungkapkan untuk pengertian jihad yang khusus iaitu peperangan dilakukan oleh kaum Muslimin untuk menentang musuh Islam kerana mengharapkan keredaan Allah, bukan duniawi."Menurut Syeikh Sayyid Sabiq, jihad ialah menggunakan sepenuhnya kekuatan, kuasa dan upaya yang ada dan menanggung kepayahan dan kesukaran untuk memerangi musuh dan menangkis serangannya.Di kalangan sarjana, ada yang memberikan pengertian lebih umum kepada jihad dengan turut memasukkan mujahadah iaitu jihad melawan hawa nafsu dan syaitan. Ibnu Qayyim al-Jauzi meletakkan jihad dalam empat peringkat iaitu jihad terhadap hawa nafsu, syaitan, orang kafir dan munafik, orang zalim serta pelaku bidaah dan kemungkaran.Jihad adalah sesuatu tidak asing dari lembaran sirah perjuangan nabi.Menurut kiraan ahli sejarah, sepanjang 10 tahun nabi di Madinah, kira-kira 70 angkatan perang diutuskan untuk menghadapi peperangan dengan musuh Islam dan 28 angkatan itu dipimpin baginda sendiri.Dalam jihad ini baginda menggunakan beberapa jenis pedang seperti Ma'thur, pedang terawal dimiliki baginda sebagai harta pusaka dari bapanya, al-'Adhab dan Zulfiqar iaitu pedang yang tidak pernah berpisah dengan baginda yang dihiasi dengan perak.Justeru, orientalis melemparkan kritikan dan mengadakan dakwaan kononnya Islam berkembang dengan mata pedang.Sebenarnya matlamat peperangan dalam Islam ialah untuk meruntuhkan sistem kekufuran, menegakkan ubudiyah hanya untuk Allah serta menzahirkan keagungan, ketinggian dan kemuliaan Islam di atas muka bumi ini. "Dan, perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi dan agama itu hanya semata-mata untuk Allah." (al-Baqarah:193)Maksud fitnah dalam ayat itu ialah kufur dan syirik, sebagaimana pendapat Ibnu Abbas, Qatadah, Mujahid dan Rabi'.Islam tidak sekali-kali bermaksud untuk memaksa manusia menganut Islam melalui peperangan.Mustafa al-Syiba'iy ada menegaskan, peradaban Islam adalah untuk mengajak manusia supaya saling kenal mengenal dan tolong menolong dalam keadaan damai. Prinsip peradaban Islam, katanya, mengharamkan peperangan, tidak boleh menyerang, merampas harta benda dan menghina kehormatan sesuatu bangsa. "Dalam Islam perang yang sah hanyalah bertujuan membela akidah dan moral umat dan kebebasan, kemerdekaan dan keselamatan umat," katanya, dipetik daripada buku 10 Tokoh Sarjana Islam Paling Berpengaruh.Jihad perang disyariatkan untuk tujuan membalas serangan musuh, tetapi tidak secara melampaui batas seperti ditegaskan pada ayat 190 surah al-Baqarah, bermaksud: "Dan perangilah di jalan Allah orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."Ia juga diharuskan untuk membantu orang Islam yang lemah dan dizalimi orang kafir seperti dijelaskan pada ayat 75 surah an-Nisa' serta menghukum perosak agama dan masyarakat Islam termasuk golongan murtad, pemberontak, perompak dan lanun.Jihad bukanlah suatu peperangan secara agresif, yang menghalalkan semua perkara bagi mencapai kepuasan dan kepentingan diri termasuk merosakkan rumah ibadat, kanak-kanak dan wanita, haiwan dan tumbuhan. Ia tertakluk kepada garis panduan yang sudah ditetapkan dan jika tidak ia tidaklah dikatakan jihad.Wasiat Saidina Abu Bakar kepada tentera Usamah jelas menggambarkan mengenai jihad dan garis panduannya, iaitu: "Jangan menyeksa, jangan membunuh anak kecil, orang tua dan kaum wanita. Jangan menyembelih kambing, lembu atau unta kecuali untuk dimakan. Kamu akan melalui orang yang sedang bertapa di kuil, maka biarkan mereka dengan apa yang mereka lakukan."Dalam perang Uhud, yang mana Rasulullah cedera dan kalangan sahabat meminta baginda mengutuk kaum musyrikin lalu baginda menjawab: "Aku diutuskan bukan untuk membawa laknat, tetapi diutuskan untuk menyeru dan pembawa rahmat."Kemudian baginda berdoa: "Ya Allah, tunjuki kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui."Ungkapan Rasulullah itu jelas menunjukkan baginda berperang bukan kerana hausnya pada pertumpahan darah seperti pemimpin empayar besar lain, tetapi kerana ingin menunjukkan jalan kebenaran.

Latar Belakang Pekida Malaysia
Pertubuhan ini telah didaftarkan kali pertama pada tahun 1975. Atas sebab tertentu ia telah dibatalkan dan didaftarkan semula pada 10hb. Mei 1983, oleh Allahyarham Ustaz Yusuf dengan Nombor Pendaftaran 146/83 di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan peraturan-peraturan 1984 . Alamat rasmi dalam pendaftaran ialah : No. 5A Bangunan MPSP, Jalan Pasar, 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman iaitu Ibu Pejabat yang sekarang.Jawatan kuasa penaja yang mendafta pada masa itu adalah Tuan Hj. Yusuf salleh sebagai pengurusi penaja PEKIDAbersama pegawai kemas kemajuan masyarakat Negeri Kedah En. Sharif Mahmud sebagai setiausaha penaja dan di sokong oleh 14 ahli jawatan kuasa penaja antaranya, Daud Wahab, Bakri Mohamad, Tengku Ibrahim, Abu bakar Radin, Abd Hamid Awang, Hashim Mad Daud, Shafie senawi, Hashim Bakar, Ishak Abd Rahman, Haris Daud, Zainudin Mohd Daud, Azaimi Othman, md Yusuf Harun dan Abd Ghani Musa.
Bagi memudahkan segala bentuk urusan dan menambah keberkesanan keseluruhan pentadbiran, maka pada awal tahun 2004, Ibu Pejabat PEKIDA MALAYSIA telah dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di alamat : 69E, 4A Bangunan KOBENA, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Setelah Allahyarham Datuk Fuad kembali ke rahmatullah, ibu pejabat di pindahkan semula ke Sg Petani oleh pihak kepimpinan yang mengambil alih selepas itu.
Pada tahun 1997, Pertubuhan telah meluluskan keahlian baru seramai 1,995 orang dan tahun 1998 seramai 958 orang sahaja. Jumlah ahli yang berdaftar setakat 31hb. Dis 1997 ialah seramai 14,295 orang dan pada 31hb. Dis 1998 ialah seramai 15,253 orang. Kini PEKIDA telah mendaftarkan kira-kira 50,000 orang ahli.

MISI DAN VISI PEKIDA MALAYSIA
1. Kami berikrar dengan bersungguh-sungguh untuk mendukung hala tuju baru PEKIDA Malaysia.
2. Kami berjanji mematuhi peruntukkan perlembagaan sebagai dan menjadi ahli yang berdaftar dan terus berusaha mencapai objektif pertubuhan supaya menjadi sebuah organisasi Melayu yang terulung.
3. Kami akan bergiat secara aktif dalam bidang ekonomi yang menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi negara. Menyokong aktiviti meningkatkan pemilikan harta melalui Yayasan PEKIDA Malaysia. Meningkatkan pendapatan dan keuntungan dari perniagaan dalam Koperasi PEKIDA Bhd.
4. Kami terus mempergiatkan kerja-kerja kebajikan dikalangan ahli-ahli PEKIDA Malaysia.
5. Kami berusaha menimba ilmu yang memberi manfaat sesuai dengan keperluan negara bagi menjadi masyarakat yang berilmu dan bermaklumat, kreatif, inovatif dan mempunyai pemikran kelas satu.
6. Kami komited untuk menyediakan tabung bagi membiayai aktiviti pelaburan, perniagaan, ikuiti dan pendidikan.
7. Kami berusaha bersunggu-sungguh untuk menyuburkan semangat perpaduan dikalangan ahli dan juga perpaduan nasional bagi menjamin kehidupan yang makmur, bahagia dan sejahtera.

Hala Tuju
Aktiviti PEKIDA semenjak ditubuhkan hanya berkisar kepada aktiviti kekeluargaan seperti kenduri kendara, kematian dan sebagainya. Tiada program khusus diatur untuk membangunkan pendidikan maupun ekonomi secara legal dan teratur. Oleh itu tidak ramai ahli-ahli yang mendaftar secara rasmi walaupun mengaku bersama-sama dalam perjuangan itu.
Dengan era baru kepimpinan PEKIDA MALAYSIA, pelan pembangunan 5 tahun telah dirangka untuk menyahut seruan kerajaan agar NGO memain peranan membangun masyarakat melalui dasar-dasar negara yang telah dirangka.
Untuk itu Koperasi PEKIDA BERHAD (KOPEM) dan Yayasan PEKIDA telah ditubuhkan. Bagi tujuan penyebaran maklumat dengan kaedah terkini, Laman Web PEKIDA didaftar dan dilancarkan di samping Buletin Bulanan PELITA PEKIDA yang sedang dirangka.
Segala program tersebut tidak akan dapat bergerak sekiranya tiada kefahaman mendalam di kalangan ahli. Untuk itu satu modul dan program yang tersusun sedang dirangka untuk mendidik ahli pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat sesuai dengan kemampuan masing-masing. PEKIDA MALAYSIA bertekad untuk menjadi penyumbang terunggul kepada pencapaian dasar serta wawasan kerajaan ke arah Malaysia Cemerlang, Gemilang dan Terbilang melalui pengeluaran Sumber Daya Manusia yang bersemangat waja, berakhlak, beramanah dan beriman untuk disalurkan ke dalam bidang pembangunan ekonomi yang boleh dijadikan contoh di peringkat dunia.
Untuk mencapai hasrat itu, satu unit khas telah ditubuhkan iaitu UNIT R&D, LATIHAN DAN PERHUBUNGAN AWAM. Unit ini berfungsi untuk mengkaji segala punca masalah dan kelemahan dalam Pertubuhan dan berusaha ke arah pembangunan dan pembaikan. Ia juga berperanan mendidik ahli melalui kelas mingguan dan ceramah umum dan berusaha mengadakan perhubungan dengan pihak Media, Ahli Politik, badan-badan NGO serta kerajaan sebagai agen perhubungan awam Pekida Malaysia.